Allah SWT berfirman;
"Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tua mu sedang kepada Ku engkau akan kembali" -
Surah Luqman Ayat 14 -

Rasulullah SAW bersabda;
"Ajarkanlah nasab-nasab kamu yang dapat kamu pergunakan untuk menyambung kekeluargaan kamu. Kerana perhubungan kekeluargaan adalah satu hal yang dicintai dalam keluarga, memperkembangkan harta dan memanjangkan jejak"
- Hadith riwayat Ahmad, Hakim & Thurmudzi -.

Allahyarham Yasir Ahmad (1901-1975) berpesan;
"
Setitik dakwat biar membantu,
Sepatah kata biar memandu
".


Mengambil pedoman dari firman, hadith dan kata-kata itu lahirlah Blogspot Warisan Yas yang diharap akan dapat menjadi salah satu wadah untuk mencerna keharmonian hidup berkeluarga, merapatkan hubungan silaturahim, berkongsi ilmu dan berinteraksi demi kebaikan bersama dalam usaha mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.



Monday 30 June 2008

MEMILIH ISTERI.....NASIHAT SHAMSUDDIN HASNI


Disini kita sajikan pula emel yang saya terima berupa nasihat dari Abang Sham kepada "bujang-bujang terangtangtang" warisan kita.

"Dengarlah tuan tuan nasihat Pak Usu Ramli ni,
Jaga lah handsome tu dan janganlah jadi botak,
Kalau depan isteri pijak semut biarlah mati,
Kalau dibelakang isteri, kalau joli biarlah macam katak.

Nasihat Pak Usu ni dah terlewat atau dah lambat,
Untuk orang bujang memang lah hebat,
Kalau untuk saya issssh memanglah ada hajat,
Hanya takut kena hambat..... ada nasihat?.

-oleh Shamsuddin Hasni, 30-06-2008."


Komen Pak Usu; Pandai pulak Si-Sham ni berpantun. Bagi Pak Usu, puas jugak mencari tetapi sehingga hari ini masih tak terjumpa-jumpa sebarang sebab untuk kahwin lagi satu. Hehe.

WARISAN YAS ....menjana kerukunan keluarga bahagia

Friday 27 June 2008

MEMILIH ISTERI ...

Dalam mencorak dan membina hidup untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat aku telah memilih seorang wanita ........

- yang tidak meninggalkan solatnya,
- yang sentiasa menjaga kehormatan diri, keluarga dan agamanya,
- yang memenuhi masa lapangnya dengan mendalami pengetahuan agama, bertahajud, membaca Al-Qur'an dan seumpamanya,
-yang sentiasa menutup aurad pada setiap masa yang diwajibkan,
- yang tidak meninggikan suaranya lebih dari aku,
- yang tidak keluar rumah tanpa izin ku walaupun untuk kerumah bapanya,
- yang menunggu aku bangun dari tidur baru ikut sama bersarapan,
- yang tidak bertanyakan kemana aku pergi,
- yang tidak 'menguasai' diriku,
- yang berbincang secara sopan bilamana ada krisis,
- yang punya watak-watak keibuan,
- yang berpuasa bila anak-anaknya menghadapi ujian,
- yang menurut segala kata-kata ku,
- yang rapat dan mesra dengan keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan ku,
- yang tidak kepoh serta benci mendengar cerita mengumpat,
- yang tidak meminta tukaran baju, beg tangan, jam atau kasutnya selagi yang ada boleh dipakai,
- yang prihatin menjaga segala keperluan untuk kesihatan ku,
- yang sama menghayati mencipta suasana kerukunan rumahtangga yang aman damai tanpa 'periuk belanga terbang melayang',
- yang menziarahi ayah ibunya pada setiap bulan,
- yang tekun dan sabar dengan karenah aku dan anak-anak ku,
- yang menyambut setiap sampah dari tangan ku.
JODOH PERTEMUAN DITANGAN TUHAN. ALHAMDULILLAH & THANK YOU ALLAH SWT KERANA TELAH MENEMUKAN AKU DENGAN HASNAH BINTI ALI, ISTERIKU SEJAK 06-08-1977.
(A special tribute to an obedient wife and a loving mother of my three siblings)


WARISAN YAS ....menjana kerukunan keluarga bahagia

Sunday 22 June 2008

CADANGAN DIADAKAN PERADUAN. APA PENDAPAT ANDA???

Kelmarin Pok Su menerima satu cadangan saperti berikut;-

From: Zulkifli Bin Jamari Sent: Friday, June 20, 2008 8:05 AM
To: 'ramlie@yahoo.com'Subject:

Saya syorkan agar saudara buat suatu corak peraduan mengenai salasilah keluarga yas. Buat sedikit collection dari senarai nama yang ada.. dari situ saudara boleh gunakan untuk belikan hadiah kepada pemenang. Hanya satu pemenang. Mungkin dari situ lebih ramai yang berminat untuk mengikuti dan membantu menyelami lebih mendalam mengenai saudara mara yang ada.


Apa pendapat anda semua? Sila majukan respon anda kepada kami melalui e-mel ramliy@yahoo.com . Terima kasih.

WARISAN YAS ....menjana kerukunan keluarga bahagia

Monday 9 June 2008

MERANCANG KERJAYA ANAK PERLU BERMULA DARI PMR

Pada masa ini pastinya kebanyakan ibubapa kaum keluarga kita sedang sibuk menguruskan arah pembelajaran selanjutnya kepada anak-anak mereka selepas mengetahui keputusan SPM, dalam menentukan bidang pengajian serta universiti mana yang menjadi pilihan. Keputusan-keputusan yang dibuat waktu ini bakal menentukan bakal kerjaya anak-anak dan jalan kehidupan masa depan karier mereka untuk jangka masa hingga 30 tahun akan datang.

Dalam hal ini saya ingin berkongsi satu pengalaman yang munkin boleh diambil pedoman oleh para kaum keluarga. Pengalaman ini mengunjurkan bahawa perancangan karier sesaorang anak perlu bermula dari selepas mereka tamat pengajian di peringkat PMR lagi.

Anak kedua saya, Azreen Yas, bercita-cita untuk menjadi seorang peguam, tetapi saya dapat tahu tentang cita-citanya itu hanya selepas beliau mendapat keputusan SPMnya pada tahun 2000. Malangnya beliau yang sebelumnya telah memasuki Aliran Sains selepas PMR, tidak dibenarkan untuk memohon masuk ke jurusan undang-undang yang dicitacitakannya. Bahkan pihak Unit Pusat Universiti (UPU) secara jelas dalam Borang Permohonan Kemasukan ke IPTA & IPTS menyatakan mereka-mereka dari Aliran Sains tidak dibenarkan langsung untuk memilih Jurusan Undang-undang. Ini disebabkan dasar pendidikan pada waktu itu menjuruskan anak-anak Melayu yang dapat kesemua A dalam PMR secara otomatik terus dimasukkan ke aliran sains bila di tingkatan 4.

Pengajaran yang dapat dilihat di sini ialah aliran pelajaran anak saya di tingkatan 4 & 5 tidak selari dengan jurusan bidang cita-cita kerjaya yang diingininya. Rumusan yang saya dapat timba dari pengalaman ini ialah kita perlu merancang dengan memilih kerjaya yang dicitacitakan oleh anak-anak kita dari sejak waktu selepas peperiksaan PMR lagi. Langkah-langkah dan tindakan yang boleh dilakukan adalah saperti berikut;-

Langkah 1; MEMILIH KERJAYA ANAK-ANAK

Pada mulanya, ibubapa perlu berbincang dengan anak tentang mencarta matlamat citacita dan kerjaya pilihan anaknya sebaik saja mereka tamat PMR. Padankan kemampuan pembelajarannya dari keputusan peperiksaan PMR yang diperolehinya dengan bakal kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti, jiwa, minat dan karektornya.

Sebagai ibu-bapa kitalah yang paling rapat dengan anak-anak. Sedikit sebanyak kita akan tahu personaliti dan perangai anak-anak kita dan secara kasar boleh mengagak jenis kerjaya yang macam mana yang sesuai untuk anak-anak itu. Misalnya sekiranya anak kita ini jenis seorang yang pendiam dan lebih suka duduk menyendiri di dalam bilik dengan komputernya, anak saperti ini bakal berjaya dalam karier sebagai akauntan, yang banyak masa kerjanya akan dihabiskan dalam pejabat sahaja. Itu pun sekiranya dia minat dengan matematik.

Sekiranya anak kita ini seorang yang peramah dan ramai kawan diluar sana tetapi malas 'study', anak saperti ini akan lebih berjaya dalam karier sebagai pengurus pemasaran atau usahawan, dan hanya perlu memilih jurusan perdagangan yang mana subjeknya, saperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Akaun Perdagangan, tidak memerlukan banyak study.

Dan sekiranya anak ini berminat dengan kerja-kerja teknikal atau bertukang dan suka keluar rumah, mereka akan lebih berjaya berkarier sebagai jurutera sivil, mekanikal, elektrikal atau elektronik dimana kerjanya memerlukan mereka untuk keluar berpanas di tapak projek di luar sana.

Perlu di ingatkan di sini peranan ibu-bapa hanya sekadar boleh membimbing dan membantu anaknya dalam memilih kerjaya yang sesuai dengan jiwa anaknya dan bukannya memilih kerjaya yang diimpikan oleh ibubapa itu sendiri. Janganlah kerana dulu kita hendak menjadi doktor tapi tak kesampaian maka sekarang kita 'memaksa' anak kita pula memilih bidang perubatan sedangkan anak itu takut dengan katak atau geli dengan lipas.

Hakikatnya orang yang punya jiwa personaliti yang sesuai dengan kerjayanya akan lebih berjaya meningkat dalam kariernya berbanding dengan mereka yang punya berlawanan minat dengan kerjanya.

Langkah 2; MEMILIH JURUSAN/BIDANG PENGAJIAN
Selepas anak kita memilih rangka kerjaya yang sesuai dengan personalitinya, barulah kita membimbing mereka untuk memilih jurusan atau bidang pengajian di IPTA/IPTS yang akan membawa mereka mencapai kerjaya yang dicitacitakan.

Di peringkat ini kita perlu meneliti subjek-subjek yang wajib lulus dengan kepujian dalam syarat kemasukan ke bidang berkenaan oleh UPU, dan pastikan subjek-subjek itu dipilih dalam matapelajaran semasa di Tingkatan 4 & 5. Misalnya sekiranya anak kita berminat untuk menjadi peguam ianya perlu masuk ke Aliran Sastera dan pastikan mengambil subjek-subjek Sejarah, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Metematik, Pendidikan Islam dan subjek elektif saperti Kesusateraan Inggeris dan Melayu.

Ketika inilah peranan ibubapa sangat-sangat diperlukan dalam memastikan anaknya dapat masuk ke aliran yang diinginkan kerana pihak sekolah biasanya akan 'memaksa' anak-anak melayu yang mendapat kesemua A dalam PMR dimasukkan terus ke Aliran Sains walaupun anak itu tidak punya minat dalam bidang sains. Pada saya anak yang cerdik mampu mendapat A dalam kesemua subjek-subjek bidang sastera, sains atau perdagangan di peringkat PMR, tetapi minat dan jiwanya mereka tidak mampu menampung kesemua bidang kehidupan.

Langkah 3; MENYEDIAKAN SOKONGAN PEMBELAJARAN

Setelah memilih kerjaya dan jurusan, ibubapa perlu juga menyediakan sokongan pembelajaran anak-anak di peringkat tingkatan 4 & 5 dengan menyediakan tuition serta buku-buku kerja tambahan terutamanya dalam subjek-subjek yang perlu wajib lulus dengan kepujian untuk memasuki jurusan yang dipilih di IPTA/IPTS nanti. Ketika ini lah ibubapa akan terpaksa mengorbankan banyak masa, tenaga dan wang ringgit supaya anak-anak mereka mendapat sepenuh sokongan persediaan dan sokongan fizikal dan moral untuk mencapai citacita masa depan anaknya.

Dari senario di atas kita boleh merumuskan bahawa merancang kerjaya anak-anak kita sebaikbaiknya dimulakan diperingkat peperiksaan PMR lagi. Selepas ibubapa berusaha dan bertindak sedaya kita, jangan lupa untuk memohon doa kepada Allah SWT agar anak-anak kita berjaya, cemerlang dan bahagia di dunia dan akhirat. Iringkan doa dengan bersolat sunat hajat serta berpuasa semasa anak-anak kita menghadapi ujian peperiksaannya. Dan juga jangan lupa buatlah solat sunat Istikharah bagi mendapat panduan dari Allah SWT semasa anak kita hendak memilih kerjaya dan jurusan atau bidang yang sesuai, kerana Allah SWT Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik untuk masa depan anak kita, baik untuk diri, keluarga, bangsa, negara dan agamanya. InsyaAllah. wAllahua'lam.

(Sebagai catatan, walaupun pada mulanya anak saya Azreen Yas tidak dapat masuk ke jurusan undang-undang, tetapi, setelah saya berusaha melalui jalan lain yang terlalu panjang untuk diceritakan disini, dengan izin Allah SWT akhirnya beliau telah dapat mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang peguam. Syukur Alhamdulillah).

WARISAN YAS ....menjana kerukunan keluarga bahagia

Monday 2 June 2008

1,094 ahli keluarga dan HARI KELUARGA MILENIUM?


Alhamdulillah. Mengikut rekod yang diberikan oleh (http://www.geni.com)%20geni/ Family Tree, sekarang ini terdapat 1,094 ahli keluarga yang telah terdaftar yang punya talian keluarga dengan saya. Catatan itu terhasil dari kerjasama dan sokongan semua ahli warisan. Kejayaan ini akan hanya memberi peransang kepada usaha kita untuk merapatkan lagi tali silaturahim antara ahli keluarga.


Sememangnya tidak semua warisan kita dapat mengambil bahagian dengan aktif dalam program GENI Family Tree (http://www.geni.com/) ini atas faktor teknikal, atau tidak punya email address, atau tidak jinak dengan teknologi internet. Walau bagaimana pun ini tidak bermakna mereka tidak berminat bahkan saya rasa kebanyakan mereka menjunjung sama minat dan semangat untuk menyokong apa saja program WARISAN YAS .... menjana kerukunan keluarga bahagia.


Mengimbas kembali program-program Warisan kita sebenarnya ia telah bermula sejak 24 tahun yang lalu, iaitu dari tahun 1984 lagi di mana kita telah mula mengadakan HARI KELUARGA yang pertama di Desaru, Johor, dengan penyertaan seramai 24 orang saja. Pada tahun-tahun berikutnya kita telah mengadakan HARI KELUARGA pada hampir setiap tahun sehinggalah tahun 1990 yang mana kita mengadakannya dua tahun sekali pula. Kali terakhir kita mengadakannya ialah HARI KELUARGA KE-10 di Hutan Lipur, Ayer Keroh, Melaka pada tahun 1996 di mana seramai 356 orang ahli keluarga telah menyertainya (Foto di atas).

Sejak hari itu penganjuran HARI KELUARGA YAS telah terhenti atas sebab kegawatan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997. Tidak ramai yang mengetahui bahawa penganjuran HARI KELUARGA YAS melibatkan perbelanjaan sekitar RM12,000 pada waktu itu, yang merangkumi perbelanjaan penginapan, makanan dan pakaian.
Sememangnya HARI KELUARGA yang kita anjurkan adalah luarbiasa dan bukan sekadar perjumpaan ahli keluarga dalam satu majlis khenduri. Acara Hari Keluarga kita melibatkan seramai lebih 350 orang ahli keluarga berkampung buat selama 3 hari 2 malam di satu tempat peranginan saperti pernah kita adakan di Jason Bay, Desaru, Port Dickson, Pantai Cherating dan Ayer Keroh. Di situ kita adakan majlis tahlil, ceramah agama, sukan keluarga, kem motivasi, sudut niaga, hadiah pelajaran dan riadah keluarga, dimana setiap ahli keluarga dari satu famili senghaja dipisahkan kepada empat kumpulan mengikut warna-warna merah (harmoni), biru (abadi), kuning (damai) dan hijau (bahagia), supaya mereka dapat berinteraksi dan mengenali kaum keluarga yang lain.
Secara peribadi saya masih menyimpan satu impian agar kita dapat menganjurkan semula HARI KELUARGA saperti yang kita pernah adakan dulu, munkin dengan pendekatan dan pengacaraan baru mengikut kesesuaian peredaran masa. Dalam impian itu terdapat kira-kira 1,000 ahli keluarga kecil dan besar, tua dan muda, berkumpul selama 3 hari 2 malam di sebuah pusat peranginan (theme park) saperti A Famosa (Ayer Keroh) atau di Eagle Ranch (Port Dickson). Selain acara-acara dulu yang pernah kita adakan, kita tambahkan dengan majlis ilmu serta pertandingan melukis dan karaoke. Alangkah seronoknya suasana sedemikian disamping dapat bersua muka dengan sanak saudara dalam keadaan santai dan bebas dari gangguan kerja.
Hakikatnya impian itu masih tinggal impian oleh kerana penyeliaannya melibatkan banyak masa, tenaga dan wang ringgit yang sukar ditanggung oleh mana-mana seorang individu.
Dalam ruangan blog ini saya ingin melontarkan satu ide. Apa kata kita tubuhkan satu jawatankuasa penganjur terdiri dari anak-anak generasi muda keluarga kita untuk merangka pelan penganjuran Hari Keluarga dimana setiap famili yang berminat dikenakan bayaran bagi membiayai kos acara-acara, penginapan dan makanan?. Pandangan dan respon dari ahli keluarga semua sangat-sangat dihargai.