Pernah saya cuba melayan karenah penghantar emel macam ni walaupun sendiri tahu ianya adalah 'hoax' (palsu/penipuan), kerana sengaja nak tahu macam mana kaedah 'game plan' diaorang ni. Selepas kita reply mereka akan mahukan butir akaun bank dan mengatakan perlukan sedikit bayaran (beribu jugak) dari kita untuk yuran proses melibatkan kos guaman konon. Apabila saya menjawab dengan memberi arahan kebenaran untuk mereka menggunakan dulu sebahagian wang loteri yang saya dikatakan memenangi itu untuk digunakan bagi bayaran kos guaman, mereka terus senyap dan terus tidak menghubungi kita lagi.
Yang peliknya pernah kita terbaca di akhbar-akhbar ada jugak orang yang tertipu dengan skim macam ini yang saya kira agak susah nak diterima oleh akal biasa.
Cuba bayangkan dengan surat email di atas itu saja saya dapat hampir RM7 juta. Kalau hari-hari dapat dalam setahun saya akan dapat sejumlah sekurangkurangnya RM2.5 bilion.
Kalau betul la apa yang dalam e-mail itu sudah tentu saya dah jadi Billionaire sekarang dan nama pun akan termasuk ke dalam senarai '40 orang terkaya di Malaysia'.
Bicara pasal orang kaya ingin saya memetik laporan di media massa kelmarin. Dari 40 orang terkaya di Malaysia sekarang sebanyak 9 orang atau 22.5% adalah orang Melayu, 5 orang atau 12.5% adalah orang India dan baki 25 orang atau 65% adalah orang Cina.
Susunan senarai adalah saperti berikut;
- Robert Kuok, $7.6 billion
- Ananda Krishnan, $7.4 billion, Maxis
- Lim Goh Tong, $4.3 billion, Genting
- Lee Shin Cheng, $3.9 billion, IOI
- Teh Hong Piow, $3.5 billion, Public Bank
- Quek Leng Chan,$3 billion, Hong Leong
- Syed Mokhtar AlBukhary, $2 billion
- Yeoh Tiong Lay, $1.8 billion, YTL
- Tiong Hiew King, $1.2 billion
- William Cheng, $650 million, Lion Group
- Azman Hashim, $600 million, Arab-Malaysian
- Ong Beng Seng, $580 million
- Yaw Teck Seng, $460 million
- Vincent Tan, $380 million, Berjaya
- Yaw Chee Ming, $370 million
- Vinod Sekhar, $350 million, Petra
- Jeffrey Cheah, $325 million, Sunway
- Chong Chook Yew, $320 million
- Lim Kok Thay, $310 million
- Lim Wee Chai, $300 million, Rubber-Gloves
- Kua Sian Kooi, $295 million, Kurnia
- Tiah Thee Kian, $240 million, TA
- Mustapha Kamal Abu Bakar, $235 million, MK-Land
- Anthony Fernandes, $230 million, AirAsia
- Seri Eleena Raja Azlan Shah, $228 million, Gamuda
- Lee Oi Hian, $225 million
- Lee Hau Hian, $224 million
- Mokhzani Mahathir, $220 million
- G. Gnanalingam, $215 million, Westport
- Abdul Hamed Sepawi, $200 million
- Kamarudin Meranun, $190 million
- Lau Cho Kun, $185 million
- Ong Leong Huat, $175 million
- Lin Yun Ling, $160 million
- Liew Kee Sin, $155 million
- Lee Swee Eng, $150 million
- Ahmayuddin bin Ahmad, $140 million
- Hamdan Mohamad, $135 million, Ranhill
- Khoo Kay Peng, $130 million, MUI
- Kasi K.L. Palaniappan, $127 million
Saya berasa amat bertuah dapat peluang mengenali dengan lebih dekat dengan 3 dari 9 orang Melayu terkaya di Malaysia. Saya mula mengenali Tan Sri Syed Mokhtar semasa beliau membekal beras dari Kedah kepada syarikat pengedar dimana saya pernah berkhidmat pada awal tahun 1980an dulu. Samentara Tan Sri Azman Hashim dan Tan Sri Mustapha Kamal pula pernah bersama dengan saya pada tahun 1993 dulu dalam satu tugasan selama 2 minggu ke Afrika Selatan dan Namibhia untuk perasmian projek rumah murah oleh kontraktor Malaysia di sana.
Yang saya ingin huraikan di sini ialah ketiga-tiga mereka punya ciri-ciri keperibadian yang hampir sama; kuat kerja sampai jauh malam, tak banyak cakap, sikap rendah diri, simple dan sederhana, prihatin kepada kebajikan pekerja dan sangat 'low profile'. Agaknya itulah asas kejayaan mereka hingga menjadi usahawan Melayu yang harus kita banggakan.
Pastinya skim cepat kaya melalui internet bukan caranya untuk berjaya menjadi orang terkaya di Malaysia mahupun di dunia.
No comments:
Post a Comment