Allah SWT berfirman;
"Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tua mu sedang kepada Ku engkau akan kembali" -
Surah Luqman Ayat 14 -

Rasulullah SAW bersabda;
"Ajarkanlah nasab-nasab kamu yang dapat kamu pergunakan untuk menyambung kekeluargaan kamu. Kerana perhubungan kekeluargaan adalah satu hal yang dicintai dalam keluarga, memperkembangkan harta dan memanjangkan jejak"
- Hadith riwayat Ahmad, Hakim & Thurmudzi -.

Allahyarham Yasir Ahmad (1901-1975) berpesan;
"
Setitik dakwat biar membantu,
Sepatah kata biar memandu
".


Mengambil pedoman dari firman, hadith dan kata-kata itu lahirlah Blogspot Warisan Yas yang diharap akan dapat menjadi salah satu wadah untuk mencerna keharmonian hidup berkeluarga, merapatkan hubungan silaturahim, berkongsi ilmu dan berinteraksi demi kebaikan bersama dalam usaha mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.



Thursday, 15 October 2009

PERJUMPAAN HARI RAYA BEKAS PEGAWAI SEDC JOHOR 2009


Much as I did for my family members, I induced the same kind of program to inculcate closer relationship for my x-jsedc friends. Recently in conjunction with the Eidul Fitri we organised a Hari Raya gathering on 12th., October, 2009 at MSuites Hotel, Johor Bahru.

About 10 'xjsedc' friends and 7 family members attended the occasion. Those present includes Tn. Hj. Abd. Jalal Basimi & wife, Tn. Hj. Ahmad Jalaludin, Tn. Hj. Alias Ismail, Tn. Hj. Esa Mamek, Tn. Hj. Harith Hamid & wife, Tn. Hj. Hassan Mustaffa & wife, Tn. Hj. Jaafar Yusoff, Tn. Hj. Md. Said Awang & wife, Tn. Hj. Mohamad Ramli Yasir & wife, and Tn. Hj. Sabtu Abu Bakar , wife and son.
We all had a good time together, rekindling ourselves of Ziggy Marley's 'The Good Old Days', recalling Barbara Streisands' 'The Way We Were' and expressing Pink's Floyd's 'Wish You Were Here' to those friends that could not attend.
On the auspiscious day, we had the opportunity of updating each other of where and what we are doing now after so many years of 'out-of-sight and out-of-mind', while not forgetting to offer prayers and 'sedekah Fatehah' to our xjsedc friends who had passed away over the years namely, Allahyarham-Allahyarham Abd. Rahman Hamid, Abd. Rahman Mohamed, Ahmad Ibrahim, Bahaudin Paok, Basir Ismail (Tan Sri), Hamzah Bakar, Hashim Mohamad (Dato’), Hussein Mohamad (Dato’), Ismail Uda, Mohd Ali Buran, Rais Abd. Aziz, Shamsuri Hj. Ali (Dato’), Syed Aziz Othman and Yasnon Pakeh.

To cap it all, we all agreed that we should organised such get-together in future Hari Raya on the third week of Syawal and crave to invite as many more xjsedc friends as possible. InsyaAllah.


WARISAN YAS ....menjana kerukunan keluarga bahagia

Monday, 12 October 2009

MINUM AIR UNTUK KESIHATAN

Baru-baru ini Pok Su menerima emel dari seorang sahabat tentang cara mudah untuk menjaga kesihatan dengan meminum air. Cara ini telah melalui beberapa kajian di Jepun dan dapat mengubati macam-macam penyakit.

Ringkas caranya adalah saperti berikut;
1. Minum 4 gelas (kecil) air sejuk biasa setiap pagi sebaik saja bangun dari tidur sebelum berus gigi.
2. Selepas itu jangan makan atau minum apa-apa untuk selama 45 minit.
3. Kemudiannya selepas sarapan pagi, jangan makan atau minum apa-apa buat selama dua jam.

Dikatakan kaedah ini boleh mengubati beberapa penyakit-penyakit saperti Darah Tinggi (30 hari), Gastrik (10 hari), Kencing Manis (30 hari), Sembelit (10 hari), Barah (180 hari), Batuk Kering TB (90 hari), Sakit Sendi Arthritis (Minggu pertama 3 hari sahaja dan minggu kedua setiap hari).

Cubalah amalan tersebut. InsyaAllah.

Rencana lebih terperinci adalah saperti berikut;

"DRINKING WATER ON EMPTY STOMACH

It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases: Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.


METHOD OF TREATMENT1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water
2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minute
3. After 45 minutes you may eat and drink as normal.
4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours
5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day.
The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.

The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/reduce main diseases:
1. High Blood Pressure (30 days)
2. Gastric (10 days)
3. Diabetes (30 days)
4. Constipation (10 days)
5. Cancer (180 days)
6. TB (90 days)
7. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd week onwards – daily.


This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times. It is better if we continue this and make this procedure as a routine work in our life. Drink Water and Stay healthy and Active.
This makes sense. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals, not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit while eating!!! Nothing to lose, everything to gain...
For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion.
Once this "sludge" reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.
A serious note about heart attacks:
· Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting,
· Be aware of intense pain in the jaw line.
· You may never have the first chest pain during the course of a heart attack.
· Nausea and intense sweating are also common symptoms.
· 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up.
· Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive...
A cardiologist says if everyone who gets this mail sends it to everyone they know, you can be sure that we'll save at least one life.
Please be a true friend and send this article to all your friends you care about."


WARISAN YAS ....menjana kerukunan keluarga bahagia

Friday, 2 October 2009

PUNGGAHAN, PUNJUNGAN DAN RAYA 2009



Hari raya sememangnya hari yang sangat di tunggu-tunggu saban tahun oleh semua. Pada ketika itulah kita dapat bertemu ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai pada hari yang kebanyakkannya mereka sedang bercuti santai dalam mood serba ceria, bertanya khabar dan bermaafmaafan.

Raya kali ini agak lebih istimewa dari biasa buat ku oleh kerana ini merupakan raya pertama ku di kampung sejak berpindah ke Kampong Jawa, Panchor, Muar, Johor, pada Januari 17, 2009 yang lalu.

Kesibukan suasana raya di kampung bermula dari sebelum berpuasa lagi. Kali ini aku dapat meluangkan masa menyertai beberapa 'Khenduri Punggahan' yang diadakan sebelum bulan Ramadhan di merata rumah-rumah di kampung ku dan rasa sangat puas makan 'Berkat Ambeng' tahun ini. Khenduri Punggahan ialah khenduri tahlil dan doa selamat bagi mengingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia yang biasanya diamalkan oleh masyarakat orang Jawa sejak zaman berzaman.
Semasa bulan puasa kali ini pula aku dapat menyertai solat Terawih di Masjid An-nur yang aku rasa berbeza sungguh suasananya kalau dibandingkan dengan berterawih semasa tinggal di bandar Johor Bahru sebelum ini. Bezanya bila kita masuk saja ke masjid di kampung kita akan kenal hampir semua jemaah dan dapat bersalaman dengan semua yang hadir. Habis saja berterawih ada saja juadah berupa kueh-mueh dan minuman dihidangkan untuk para jemaah. Sambil menjamu hidangan kita dapat berbual-bual, bertegur sapa antara kita dan mengiratkan tali silaturahim antara penduduk. Di situlah terletaknya antara 'nikmat-nikmat' tinggal di kampung.

Pada petang sebelum raya pula rumah ku di hujani 'punjungan' dari jiran-jiran tetangga dan saudara terdekat. 'Punjungan' merupakan juadah makanan masakan untuk hari raya berupa ketupat, lodeh, sambal goreng dan rendang yang dihantar sesama kita yang melambangkan keiratan silaturahim dan budaya 'sama rasa' yang dipraktikkan oleh penduduk kampung. Dan bagi memastikan kesinambungan tradisi orang tua ku, pada pagi raya pertama aku dan isteri sempat meluangkan masa menghantar 'punjungan' makanan raya kepada jiran di depan rumah ku yang berbangsa Cina. Semangat 1Malaysia memang masih bertahan lama di kampung ku.

Menurut catatan ku seramai 276 tetamu telah menziarahi rumah ku dalam masa tiga hari pertama hari raya kali ini, saperti berikut;-

KEDATANGAN TETAMU RAYA
Hari Raya; Dewasa + Kanakkanak = Jumlah
- Pertama; 68 + 74 = 142
- Kedua; 37 + 22 = 59
- Ketiga; 46 + 29 = 75
------------------------------------------------
Jumlah 151 + 125 = 276
=====================================
Pada hari-hari berikutnya barulah kami sekeluarga dapat keluar berraya kerumah sanak saudara dan sahabat handai yang lain pula.

Begitulah hebatnya berraya di kampung. Itulah juga sebabnya kenapa sejak dari dulu lagi aku mahu pulang dan tinggal di kampung pada zaman tua ku kerana aku juga mahu anak cucu ku dapat merasa 'nikmat-nikmat' balik kampung berraya.

WARISAN YAS ....menjana kerukunan keluarga bahagia

Sunday, 23 August 2009

TRIO CLEARED OF GIRL'S MURDER, JAILED FOR for robbery instead

JOHOR BAHRU: Three men were acquitted by a High Court here of the murder of a four-year-old girl in 2001, and were charged with robbery instead.

Justice Syed Ahmad Helmy Shed Ahmad acquitted the accused – Muthu Vellu, 32, Ng Terk Chai, 32, and Goh Wee Kok, 34, – saying there was a loophole in the prosecution’s case.

Justice Syed Ahmad then added that all three accused would instead be charged under Section 392/397 of the Penal Code for robbery.

“It is a shame that there was a loophole in the prosecution’s case.
“What you have done, however, will not be forgiven by the victim’s family as you will never be able to return their daughter to them,” he said.
He added that the case had also become public concern and involved the loss of a life, before he passed sentence.

“I am hereby sentencing all three of you to the maximum sentence of 10 years’ imprisonment and three strokes of the cane each,” he said, adding that the sentence should be served from Aug 21.

All three accused were initially charged with the murder of the four-year-old girl on Aug 17, 2001, at Jalan Johor in Pontian here.

Deputy Public Prosecutor Azreen Yas Mohamad Ramli prosecuted the case while lawyers Hisyam Teh Poh Teh and Bernard George represented the accused.
WARISAN YAS ....menjana kerukunan keluarga bahagia

SALAM DARI PERTH AUSTRALIA























Kali ni Pok Su catatkan emel bertarikh 14hb., Ogos, 2009 SALAM DARI PERANTAUAN oleh anakanda Nasha yang sekarang bermastautin di Perth, Australia.

Nama : Mohd Nasarudin (@ aca) bin Hj Hasni
Jawatan Sekarang : House Husband merangkap pemandu pelancong tak bergaji (belum keje lagiii daaa dulu engineer).
Gaji : AUD 0 (masih mencari kerje)
Lokasi : Perth, Australia
Tempoh : Kalo semua berjalan lancar.... 3 ½ tahun, sampai 2013 kot.
No tel : 61424577241 @ tel rumah 6108640600760
Emel; mohd_nasarudin@hotmail.com


Assalamualaikum,

Macam mane nak start cerite nie ............bab makan lah dulu.Selalunye orang risau pasal makanan kalo berjalan jauh nie.

Kat Perth nie, bab makan tak susah.makanan halal banyak. jangan kate kedai makanan halal saje, nak rempah Malaysia pon banyak. Cuma harganye tak boleh laa nak di bandingkan dengan Malaysia. Berlipat lipat kali ganda. Semua ade laa pendek kata, jgn kata kicap, belacan pun ada.

Kalo pergi restoran tu pulak, bukan setakat mahal, malah tak le sesedap rase asli masakan kampong. Cuma kalo malas sgt dan teringin sangat, still masih boleh didapati.

Sekarang kami sekeluarga tinggal berhampiran dengan Fremantle. kalo pergi Perth , tak singgah Fremantle memang tak sah. Fremantle nie, boleh diibaratkan macam Bandar Melaka ler. Kalau pelancong datang ke Malaysia kalo tak pergi Melaka, tentu tak sempurna. Macam itulah jugak Fremantle.

Cuaca kat Perth sini, bagi aca best. Tak ler sejuk sangat. Dulu kat Jepun lagi sejuk. Musim sejuk di sini dalam bulan 6,7,8. Jadi barang siapa yang nak rase macam mane musim sejuk, boleh le berjalanjalan ke Perth dlm bulan Julai. Macam mak dan ayah hari tu. Mak ngan ayah datang betul betul pada pertengahan bulan 7. Memang tgh tgh musim sejuk. Diorang dok komen tak tahan sejuk. Tapi bila dah pakai baju 2/3 lapis, everything ok. (lihat foto)

Dekat Perth sini ramai orang Asia, terutama dari Asia Tenggara (Singapura, Malaysia, Vietnam, Indonesia). Jadi kalo melancong ke sini, kalo nampak macam org melayu, memang melayu le tu. Kalo jalan kat bandar Perth tu, kalo tersilap time/jalan memang rase macam kat bukit bintang KL je (banyak cina, melayu. Mat Salleh ada beberape ketul je). Malah peniaga barang2 cenderamata kat Fremantle tu org Indon ngan Singapore yg jual. Jadi jangan terkejut pulak bila di sape dengan bahasa melayu. Kalo dah di sape ngan bahasa melayu tu, jgn le lupa minta discount.

Perth nie, sangat sesuai kepada sesiapa yang suka tengok keindahan alam terutama laut dan pantainye. Air laut nye yg bersih lagi kebiruan tersangat laa tenang jiwa kalau melihatnye. Lagi satu kalo datang Australia, jangan lupa ke taman haiwannya. Mereka (mat salleh Australia) nie amat lah menitikberatkan tentang penjagaan alam sekitar dan haiwan.

Kepada yang berminat shopping plak, pastikan kalo anda ke Perth, jangan lupa pergi Sunday market/swap market. Sunday market tu macam pasar malam laa.Tapi mat salleh nie buka kedai pagi2 kul 6/7 pagi dah buka. Jam 12.00pm dah tutup kedai. Sunday market nie tempat orang jual/beli barang2 terpakai. Barangnye masih berkualiti lagi dan masih sesuai nak buat cenderamata untuk diri sendiri mahupun sanak saudare (terutama kepada mereka yg budget ciput la).

Kepada suadara mare yang nak berkunjung ke Perth, insyallah sementara tak keje lagi nie. Saye bersedia menjadi pemandu pelancong free. Boleh bawakkan ke kedai cenderamata yang murah2 dan bawak melawat ke tempat tempat yang menarik sekitar Perth sini. Tempat penginapan free, tapi tido ramai2 kat ruang tamu hehehehe. bilik ade 2 je. Bayo kat air asia je.

Tahun nie tak balik raye....ish ish ish sedih sedih.sian kami, mak bapak
jauh. Insyallah tahun depan........

Selamat berpuasa semua. (jangan jeles kitaorg imsak kul 5.40 pagi, dan
buka jam 5.50 petang.... Hehehe)

Sekian dari anak perantau.....Nasha

Itu nukilan dari Nasha. Kami di Malaysia ingin mengucapkan selamat berpuasa dan berhari raya kepada Nasha sekeluarga.

WARISAN YAS ....menjana kerukunan keluarga bahagia

Saturday, 18 July 2009

NAK BERITAHU KE TAK BERITAHU?

Alhamdulillah, aku telah selamat menjalani pembedahan 'andioplasty surgery' pada satu saluran darah yang tersumbat ke jantung pada 15hb Julai 2009 yang lalu. Sebanyak '2 stands' telah dimasukan ke sebelah kiri jantung ku. Prosesnya memakan masa lebih kurang dua jam saja. Sebelumnya 3 doz morphine telah diinjek ke badanku. Aku dalam keadaan sedar dan berpeluang melihat wire & camera yang menjalur kedalam saluran darah melalui computer screen. Nampakla besi wire semacam coil menyusur laluan urat saperti memasang 'dua culvert' kedalam saluran yang agak sudah sempit.
"Dua saluran darah yang lain tu ok tapi yang satu lagi ni kritikal untuk dibuat sekarang jugak," kata doktor ketika itu, "kalau tidak, bila bila saja anda boleh collapse."
"Ye la tu," bisik hati ku, " aku dah terbaring cam ni, engko takut-takutkan aku lagi. yang teruk...aku jugak nak kena membayar kosnya nanti".
"Habis, berapa kosnya doktor?," tanya ku sambil risau memikir belanjanya sebab insurance cover ada limitnya,"
"Lebih kurang RM30,000.00 kalau dibuat semua tiga-tiga saluran," jelas Doktor Yap Seng Pau, pakar jantung muda.
Setelah berbincang dengan isteriku aku memberi persetujuan untuk dibedah untuk buat satu saluran darah yang kritikal saja memandangkan setahu aku insurance cover ada had maksima RM20,000.00 sahaja.
Apa pun terpaksalah aku bersetuju. Bukan apa. Bukan takut mati sebab semua orang gitu gini akan mati. Tapi kerana takut hidup menyusahkan orang lain bilamana kita sakit.
"Ok lah doktor, buatlah operasi segera." kataku, lantas diberikan kepadaku beberapa dokumen untuk ditandatangani sambil terbaring layu dengan debaran pengalaman pertama kali di-operate.
Hujungnya kos kesemua operation tu berjumlah RM26,126.00. Nasib baik ada insurance majikan syarikat hotel aku sendiri. Itulah bagusnya ada majikan sendiri. Group insurance kepada semua 15 pekerja hotel hanya memakan belanja RM3,500.00 setahun, tetapi aku sorang je insurance dah kena bayar RM26,000.00. Kira berbaloi ler.
Dari peristiwa ini beberapa perkara boleh diambil iktibar oleh sekalian ahli keluarga. Antaranya;-
1. Kos perubatan adalah tinggi lebilebih lagi dimasa akan datang
2. Pastikan seisi keluarga ada insurance cover. Bermula dari mula kita kerja lagi bagus sebab bila tengah muda bayaran insurancenya rendah
3. Kalau ada anak-anak yang bekerja dengan kerajaan alhamdulillah sebab kalau sakit ada peruntukan perubatan kepada ahli keluarga.
4. Kalau ada syarikat sendiri ambillah insurance Group Hospitalisation yang agak murah saperti yang saya adakan disyarikat saya itu.
5. Oh ya. Tentang Merokok tu, semua orang kelilingku suruh aku berhenti merokok. Diaorang semua tak tahu aku dah merokok sejak umur 17 tahun, bermakna dah lebih 42 tahun badan ku dah lali (immune) dengan asap rokok. Hehe. Cume aku memang kurang exercise sebab sibuk bekerja. Yang belum merokok memang aku harap jangan lah merokok macam aku.
Akhirkata terima kasih diucapkan kepada mereka-mereka yang telah melapangkan diri menziarahi aku di bilik 609 Hospital Pakar Puteri Johor Bahru tempoh hari dan juga kepada mereka yang telah mendoakan agar aku cepat sembuh. Kepada yang tak tahu aku sakit aku mohon maaf sebab tak beritau. Maklumlah bila kita sakit kekadang kita rasa cam tak mahu menyusahkan orang lain. Wassalam.

WARISAN YAS ....menjana kerukunan keluarga bahagia

Friday, 3 July 2009

WARKAH DARI LIBERIA; SHAM











Pok Su merancang nak siarkan cerita-cerita dari sedara mara kita yang di perantauan agar dapat dikongsi bersama pengalaman dan sebagainya oleh semua.


Buat permulaan ini Pok Su siarkan satu emel berita dari Shamsuddin Hasni yang sekarang sedang berada di Liberia sebagaimana berikut (Komen Pok Su dalam warna merah);-

"Nama: Shamsuddin Hasni
Jawatan: Pegawai Pemerhati PBB di LIBERIA
Gaji: RAHSIA

(Hehehe, dalam zaman sekarang ni Sham takleh la nak berahsia-rahsia tau. Kat intenet kita boleh tau gaji Leftenan Kolonel macam Sham bergaji/elaun sebanyak RM4,800 - RM6,200 sebulan. Dengar kata Sham dapat elaun tugasan di Liberia sebanyak US128.00 sehari. Ewah ewah Sham balik nanti bole dapat Rm160,000 untuk elaun setahun. Banyak tu Sham. Jangan lupa blanja Pok Su nanti ye)

Tempoh Tugas: 1 Tahun (12 May 09 - 12 May 2010)

Bertugas sebagai pegawai Pemerhati PBB di negara LIBERIA AFRIKA. Membantu negara LIBERIA untuk pulih dari perang saudara yang telah berlaku selama 14 tahun.... Negara ini begitu mundur dan rakyat sengsara kerana perang saudara yang tiada gunanya kerana merebut kuasa oleh orang yang gila kuasa. Semasa perang, rakyat dibunuh sewenangnya, kanak-kanak dijadikan child soldier..kaum perempuan dirogol....begitulah kejamnya mereka apabila perang saudara antara kaum berlaku..jadikan lah ianya satu tauladan jangan berlaku kat negara kita.

Selepas perang negara ini begitu sukar untuk bangkit kembali, tiada infrastruktur, tiada air paip, tiada letrik, sukar cari makan, tiada sumber perkerjaan, tiada sekolah, kurang pendidikan, tiada surat khabar, tiada TV......macam zaman Jepun kat Malaysia dulu...makan ubi lagi.. Mereka tertinggal dari kemajuan dunia. Negara ini mungkin memerlukan beberapa tahun lagi untuk bangkit semula..mudah mudahan sekiranya rakyatnya berubah untuk bersatu membangunkan diri dan generasinya seterusnya memajukan sumber pedapatan negara.

Sekian utk hari ini berita dari saudaramu di LIBERIA. Bye (Gambar disertakan)

Lt Col Shamsuddin Hasni
Team Leader 9
Ganta, Nimba County
Liberia.
"

(Salam dari semua di kampung kepada Sham agar menjaga diri baik-baik di perantauan. Kita semua di tanah air ingin mengucapkan selamat bertugas dan mendoakan semoga sihat sejahtera dan pulang dengan selamatnya. Sham bole dihubungi melalui emel di alamat shamsuddinhasni@yahoo.com)


WARISAN YAS ....menjana kerukunan keluarga bahagia

Thursday, 2 July 2009

KENAPA KITA PERLU BALIK KERJA AWAL

Pak Su baru dapat emel forward dari ahli keluarga warisan kita Zarifina Ibrahim. Terima kasih kepada beliau dan rasanya amat bagus untuk dikongsikan isi intinya, saperti berikut;-


KENAPA KITA PERLU BALIK KERJA AWAL…

(Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.
Baru boleh feel...hehe)
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Adik tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?
F.A.M.I.L.Y. = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU"
"HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Pak Su cuma nak tambah sikit lagi. "Tanyalah pada diri sendiri, bila kita mati kelak siapakah yang akan menyusung jenazah kita ke kubur? Siapakah yang akan saban tahun membuat kenduri , memperingati, membaca Yaseen, bersedekah Fatehah dan mendoakan kesejahteraan roh kita di alam baqa' untuk kita?". (Petikan kata-kata di muka belakang buku WARISAN YAS 1 oleh Ramli Yasir, terbitan 1996)

WARISAN YAS ....menjana kerukunan keluarga bahagia