'Tempat jatuh lagi dikenang. Inikan pula tempat berkubang'. Itulah ingatan kita kepada pekan Panchor yang tersingkap banyak sejarah dan peristiwa pahit manis di tanah tumpah darah setiap warga Warisan Yas.
Pada hari Ahad, kira-kira jam 6.30 petang, 20hb. April, 2008 yang lalu telah berlaku tanah jerlus di bahu Jalan Abdullah, Panchor di tepi Sungai Muar. Ketika itu orang ramai sedang sibuk meninjau dan berbelanja di pasar malam di situ. Mujur tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan kecuali sembilan kenderaan milik peniaga pasar malam yag terperosok sama.
Secara kebetulan, pada hari Sabtu sehari sebelum berlakunya kejadian, saya dan isteri serta Hamzah Abas dan isteri telah pulang kekampong menziarahi (Pak Long) Bahran Yasir. Dalam perjalanan pulang kami sempat mengambil peluang meronda-ronda di tempat yang sama di Panchor untuk melihatlihat wajah tepian sungai dengan benteng dan jeti yang baru saja dibina. Nasib baiklah ia tidak berlaku semasa kita lalu di situ. Syukur Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment