Allah SWT berfirman;
"Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tua mu sedang kepada Ku engkau akan kembali" -
Surah Luqman Ayat 14 -

Rasulullah SAW bersabda;
"Ajarkanlah nasab-nasab kamu yang dapat kamu pergunakan untuk menyambung kekeluargaan kamu. Kerana perhubungan kekeluargaan adalah satu hal yang dicintai dalam keluarga, memperkembangkan harta dan memanjangkan jejak"
- Hadith riwayat Ahmad, Hakim & Thurmudzi -.

Allahyarham Yasir Ahmad (1901-1975) berpesan;
"
Setitik dakwat biar membantu,
Sepatah kata biar memandu
".


Mengambil pedoman dari firman, hadith dan kata-kata itu lahirlah Blogspot Warisan Yas yang diharap akan dapat menjadi salah satu wadah untuk mencerna keharmonian hidup berkeluarga, merapatkan hubungan silaturahim, berkongsi ilmu dan berinteraksi demi kebaikan bersama dalam usaha mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.



Showing posts with label Aku Malu Jadi Melayu Bahagian 1. Show all posts
Showing posts with label Aku Malu Jadi Melayu Bahagian 1. Show all posts

Thursday, 7 August 2008

AKU MALU MENJADI MELAYU Bahagian 1

Ya. Dalam isu-isu semasa di negara ku kini aku malu menjadi Melayu. Setelah 10 tahun berlalu dengan kes Sodomi 1 terpapar di merata pelusuk dunia kini sekali lagi kita diwadahkan dengan bermulanya kes Sodomi 2 yang akan menjadi topik hangat seantero dunia mulai sekarang. Dan Melayu Malaysia akan melakar sejarah dan akan jadi terkenal di seluruh dunia dengan cerita 'Sodomi'nya.

Yang lebih mengaibkan hampir semua yang terlibat adalah Melayu dan Islam, yang seharusnya terkenal dengan sifat sopan santun, berbudi bahasa, bermaruah dan patuh kepada agamanya. Yang menuduh adalah Melayu Islam. Yang tertuduh ialah Melayu Islam. Yang Menyiasat adalah Melayu Islam dan yang membela ialah Melayu Islam. Yang memerintah adalah Melayu Islam dan yang diperintah juga adalah majoritinya Melayu Islam.

Yang ingin aku persembahkan bukan isu kaum atau agama tapi lebih kepada persoalan kemana arah Melayu Islam hendak dibawa dengan isu ini.

Sememangnya bukan di sini tempatnya untuk membicarakan kes siapa di pihak yang bersalah dan siapa pula di pihak yang benar. Yang aku tahu Allah SWT Sahaja Yang Lebih Mengetahui. Dan yang aku juga pasti ialah, antara yang menuduh dan yang tertuduh, salah seorang daripadanya adalah pendusta dan pengkhianat yang mengaibkan agama, bangsa dan negaranya.
Ya Allah ya Tuhan ku, tunjukkanlah kebenaran dengan seberapa segera agar agama, bangsa dan negara ku tidak ternoda.

WARISAN YAS ....menjana kerukunan keluarga bahagia