Allah SWT berfirman;
"Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tua mu sedang kepada Ku engkau akan kembali" -
Surah Luqman Ayat 14 -

Rasulullah SAW bersabda;
"Ajarkanlah nasab-nasab kamu yang dapat kamu pergunakan untuk menyambung kekeluargaan kamu. Kerana perhubungan kekeluargaan adalah satu hal yang dicintai dalam keluarga, memperkembangkan harta dan memanjangkan jejak"
- Hadith riwayat Ahmad, Hakim & Thurmudzi -.

Allahyarham Yasir Ahmad (1901-1975) berpesan;
"
Setitik dakwat biar membantu,
Sepatah kata biar memandu
".


Mengambil pedoman dari firman, hadith dan kata-kata itu lahirlah Blogspot Warisan Yas yang diharap akan dapat menjadi salah satu wadah untuk mencerna keharmonian hidup berkeluarga, merapatkan hubungan silaturahim, berkongsi ilmu dan berinteraksi demi kebaikan bersama dalam usaha mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.



Thursday 8 May 2008

JAGALAH IBU BAPA SEBAIKNYA

Allah SWT berfirman, “Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tua mu sedang kepada Ku engkau akan kembali” (Surah Luqman - Ayat 14).

Tuhan Mu memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dari Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antaranya atau kedua-duanya sudah tua, janganlah engkau mengeluarkan kata-kata yang kasar kepada keduanya, dan jangan pula engkau bentak, dan hendaklah engkau ucapkan kata-kata yang mulia (lemah lembut) kepada keduanya. Rendahkanlah sayap kehinaan kerana cinta kepadanya, dan hendaklah engkau katakan “ Ya Tuhan, berilah rahmat kepada keduanya sebagaimana mereka mendidik ku di waktu aku kecil” (Surah Al-Isa’ – Ayat 23 & 24).

Pengorbanan dan jasa orang tua sememangnya sungguh tidak ternilai. Dari sejak kecil kita dibelai dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Mereka sanggup berkorban apa saja demi memenuhi keperluan jasmani dan rohani kita dalam apa jua keadaan, dengan mengiringi doa seikhlasnya agar kita menjadi insan yang berguna, berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat.

Justeru itu, samentara kita masih hidup sebelum mati, lapang sebelum sibuk, senang sebelum susah, sihat sebelum uzur, dan muda sebelum tua, mudahmudahkan lah diri kita untuk menziarahi orang tua sekerap munkin. Setakat kiriman wang sebagai pengganti diri tidak memadai. Mereka bukan mahu wang kita. Bahkan hati mereka akan tenang dan nyaman bila hanya dapat bersua muka. Munkin, menjaga hati mereka bukannya mudah, tetapi tidak lah sesusah bagaimana mereka menjaga kita semasa kecil dulu.

Dalam pada menunaikan kewajipan kita menjenguk mereka, kita akan juga membawa anak-anak bersama untuk dapat melihat bagaimana ibu bapa mereka menjaga datuk dan nenek mereka, dengan harapan anak-anak kita akan mengambil pedoman dari perbuatan kita itu untuk menjaga dan menziarahi kita kelak bila giliran kita pula yang menjadi orang tua.

(Catatan; Penulis adalah antara orang yang tidak berpeluang untuk membalas jasa kedua orang tuanya apabila kehilangan ibunya pada usia 10 tahun dan kehilangan ayahnya pada usia 25 tahun. Oleh yang demikian beliau amat memahami bagaimana rasanya bila ibu bapa telah tiada. Semoga anakanak buah kaum keluarga dapat mengambil kesempatan dan peluang yang ada untuk mendekati dan menjaga orang tua mereka sebaiknya samentara ibubapa mereka masih hidup).

1 comment:

  1. Salam utk semua.

    Tahniah buat Pak Usu Ramli atas usahanya membangunkan blog ini dan tulisan2 yang agak menarik (walaupun ada antaranya yg agak retorik).

    Besar harapan saya untuk melihat blog ini berkembang lagi dengan penyertaan sanak saudara yang lebih ramai lagi.

    Di kesempatan ini juga ingin saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu/mak/emak/mama/umi kita terutama emak saya Hajah Kalsom Osman.

    Semoga beliau bersama ayah saya Haji Zainal Yasir terus diberkati dan dilimpahi hidayah/rahmat/rezeki dari Allah SWT .

    SELAMAT HARI IBU.

    Wasalam.

    ReplyDelete