Allah SWT berfirman;
"Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tua mu sedang kepada Ku engkau akan kembali" -
Surah Luqman Ayat 14 -

Rasulullah SAW bersabda;
"Ajarkanlah nasab-nasab kamu yang dapat kamu pergunakan untuk menyambung kekeluargaan kamu. Kerana perhubungan kekeluargaan adalah satu hal yang dicintai dalam keluarga, memperkembangkan harta dan memanjangkan jejak"
- Hadith riwayat Ahmad, Hakim & Thurmudzi -.

Allahyarham Yasir Ahmad (1901-1975) berpesan;
"
Setitik dakwat biar membantu,
Sepatah kata biar memandu
".


Mengambil pedoman dari firman, hadith dan kata-kata itu lahirlah Blogspot Warisan Yas yang diharap akan dapat menjadi salah satu wadah untuk mencerna keharmonian hidup berkeluarga, merapatkan hubungan silaturahim, berkongsi ilmu dan berinteraksi demi kebaikan bersama dalam usaha mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.



Saturday 24 May 2008

RAMLI YASIR DAH JADI BILLIONAIRE?

Hari ini saya telah mendapat e-mail tentang kemenangan loteri entah dari mana. Dan ini bukan kali pertama saya mendapat e-mail semacam ni bahkan boleh dikatakan hampir setiap hari. Adakalanya dapat Lottery di England, Germany dan USA. Kekadang email datang dari isteri atau anak bekas menteri di negara Africa yang nak larikan duit dari negaranya dan perlukan pertolongan kita dengan tawaran komisyen 30%, dan bermacam-macam 'lucky draw' lagi.

Pernah saya cuba melayan karenah penghantar emel macam ni walaupun sendiri tahu ianya adalah 'hoax' (palsu/penipuan), kerana sengaja nak tahu macam mana kaedah 'game plan' diaorang ni. Selepas kita reply mereka akan mahukan butir akaun bank dan mengatakan perlukan sedikit bayaran (beribu jugak) dari kita untuk yuran proses melibatkan kos guaman konon. Apabila saya menjawab dengan memberi arahan kebenaran untuk mereka menggunakan dulu sebahagian wang loteri yang saya dikatakan memenangi itu untuk digunakan bagi bayaran kos guaman, mereka terus senyap dan terus tidak menghubungi kita lagi.

Yang peliknya pernah kita terbaca di akhbar-akhbar ada jugak orang yang tertipu dengan skim macam ini yang saya kira agak susah nak diterima oleh akal biasa.

Cuba bayangkan dengan surat email di atas itu saja saya dapat hampir RM7 juta. Kalau hari-hari dapat dalam setahun saya akan dapat sejumlah sekurangkurangnya RM2.5 bilion.

Kalau betul la apa yang dalam e-mail itu sudah tentu saya dah jadi Billionaire sekarang dan nama pun akan termasuk ke dalam senarai '40 orang terkaya di Malaysia'.

Bicara pasal orang kaya ingin saya memetik laporan di media massa kelmarin. Dari 40 orang terkaya di Malaysia sekarang sebanyak 9 orang atau 22.5% adalah orang Melayu, 5 orang atau 12.5% adalah orang India dan baki 25 orang atau 65% adalah orang Cina.

Susunan senarai adalah saperti berikut;

  1. Robert Kuok, $7.6 billion
  2. Ananda Krishnan, $7.4 billion, Maxis
  3. Lim Goh Tong, $4.3 billion, Genting
  4. Lee Shin Cheng, $3.9 billion, IOI
  5. Teh Hong Piow, $3.5 billion, Public Bank
  6. Quek Leng Chan,$3 billion, Hong Leong
  7. Syed Mokhtar AlBukhary, $2 billion
  8. Yeoh Tiong Lay, $1.8 billion, YTL
  9. Tiong Hiew King, $1.2 billion
  10. William Cheng, $650 million, Lion Group
  11. Azman Hashim, $600 million, Arab-Malaysian
  12. Ong Beng Seng, $580 million
  13. Yaw Teck Seng, $460 million
  14. Vincent Tan, $380 million, Berjaya
  15. Yaw Chee Ming, $370 million
  16. Vinod Sekhar, $350 million, Petra
  17. Jeffrey Cheah, $325 million, Sunway
  18. Chong Chook Yew, $320 million
  19. Lim Kok Thay, $310 million
  20. Lim Wee Chai, $300 million, Rubber-Gloves
  21. Kua Sian Kooi, $295 million, Kurnia
  22. Tiah Thee Kian, $240 million, TA
  23. Mustapha Kamal Abu Bakar, $235 million, MK-Land
  24. Anthony Fernandes, $230 million, AirAsia
  25. Seri Eleena Raja Azlan Shah, $228 million, Gamuda
  26. Lee Oi Hian, $225 million
  27. Lee Hau Hian, $224 million
  28. Mokhzani Mahathir, $220 million
  29. G. Gnanalingam, $215 million, Westport
  30. Abdul Hamed Sepawi, $200 million
  31. Kamarudin Meranun, $190 million
  32. Lau Cho Kun, $185 million
  33. Ong Leong Huat, $175 million
  34. Lin Yun Ling, $160 million
  35. Liew Kee Sin, $155 million
  36. Lee Swee Eng, $150 million
  37. Ahmayuddin bin Ahmad, $140 million
  38. Hamdan Mohamad, $135 million, Ranhill
  39. Khoo Kay Peng, $130 million, MUI
  40. Kasi K.L. Palaniappan, $127 million

Saya berasa amat bertuah dapat peluang mengenali dengan lebih dekat dengan 3 dari 9 orang Melayu terkaya di Malaysia. Saya mula mengenali Tan Sri Syed Mokhtar semasa beliau membekal beras dari Kedah kepada syarikat pengedar dimana saya pernah berkhidmat pada awal tahun 1980an dulu. Samentara Tan Sri Azman Hashim dan Tan Sri Mustapha Kamal pula pernah bersama dengan saya pada tahun 1993 dulu dalam satu tugasan selama 2 minggu ke Afrika Selatan dan Namibhia untuk perasmian projek rumah murah oleh kontraktor Malaysia di sana.

Yang saya ingin huraikan di sini ialah ketiga-tiga mereka punya ciri-ciri keperibadian yang hampir sama; kuat kerja sampai jauh malam, tak banyak cakap, sikap rendah diri, simple dan sederhana, prihatin kepada kebajikan pekerja dan sangat 'low profile'. Agaknya itulah asas kejayaan mereka hingga menjadi usahawan Melayu yang harus kita banggakan.

Pastinya skim cepat kaya melalui internet bukan caranya untuk berjaya menjadi orang terkaya di Malaysia mahupun di dunia.

No comments:

Post a Comment