
Yang menarik perhatian kita ialah saranan Y.A. Hakim tersebut, yang mana dalam ucapan pengisytiharannya, telah mengingatkan para peguam tentang lima perkara yang harus diberi perhatian dalam karier. Pertamanya disuruh mengembalikan semula khidmat kepada masyarakat. Keduanya, jangan lupa kepada ibubapa dan keluarga. Ketiganya, hidup secara mengikut kemampuan. Keempatnya, membina hobi yang berfaedah. Dan yang kelimanya, bercuti rehat dari kerja setidaktidaknya setahun sekali.
Azreen Yas, yang lahir pada 3hb. Mac.,1982, adalah merupakan anak kedua kepada keluarga Ramli dan Hasnah. Setelah tujuh tahun mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa beliau telah mendapat ijazah Bachelor of Laws (Hons.) pada tahun 2006 dan Bachelor of Laws (Syariah)(Hons.) pada bulan Ogos tahun lepas.
Setelah menjalani Latihan Dalam Kamar selama 9 bulan kini beliau bertugas di firma guaman M/s Hazelin & Associates beralamat di Lot 17-03, Aras 17, Menara Landmark, No. 12, Jalan Ngee Heng, 80000 Johor Bahru.
No comments:
Post a Comment