Allah SWT berfirman;
"Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tua mu sedang kepada Ku engkau akan kembali" -
Surah Luqman Ayat 14 -

Rasulullah SAW bersabda;
"Ajarkanlah nasab-nasab kamu yang dapat kamu pergunakan untuk menyambung kekeluargaan kamu. Kerana perhubungan kekeluargaan adalah satu hal yang dicintai dalam keluarga, memperkembangkan harta dan memanjangkan jejak"
- Hadith riwayat Ahmad, Hakim & Thurmudzi -.

Allahyarham Yasir Ahmad (1901-1975) berpesan;
"
Setitik dakwat biar membantu,
Sepatah kata biar memandu
".


Mengambil pedoman dari firman, hadith dan kata-kata itu lahirlah Blogspot Warisan Yas yang diharap akan dapat menjadi salah satu wadah untuk mencerna keharmonian hidup berkeluarga, merapatkan hubungan silaturahim, berkongsi ilmu dan berinteraksi demi kebaikan bersama dalam usaha mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.



Wednesday 1 July 2009

POLITIK dan WARISAN YAS


Foto. Baru-baru ni Pak Su terjumpa foto di sebelah yang disimpan oleh Mak Andak Kertini Yasir. Foto tu Pak Su hantar kepada beliau semasa Pak Su belajar di England pada tahun 1974 dulu. Kepada yang tak tau, dulu Pak Su ni kira 'rockers' la. Hehehe.

Agak dah lama Pak Su tak menulis dalam blog ini atas macam-macam alasan. Sibuk berpindah, masalah kesihatan dan sebagainya buat Pak Su kurang masa nak menulis apa apa pun.

Dalam ruangan ini Pak Su nak nyatakan supaya blog ini tidak memaparkan hal hal politik atas sebab sebab berikut;

1. kita khususkan bicara dalam hal hal keluarga, warisan, agama, pendidikan dan apa-apa tajuk yang boleh memberi manfaat kepada warisan keluarga dan sanak saudara.
2. Politik adalah persepsi sudut pandangan yang besar kemunkinan berbeza-beza di antara kita. Masing-masing boleh bebas membuat pendirian. Dan besar kemunkinan perbezaan pandangan boleh meretakkan hubungan silaturahim antara keluarga terutama kepada yang tidak objektif dalam pendiriannya. Oleh yang demikian bagi mengelakkan kemunkinan perselisihan pendapat, pandangan dan sebagainya adalah elok kita ketepikan isu politik dalam blog ini.

3. Mana-mana ahli keluarga yang berminat untuk memberi input atau pandangan dalam isu-isu politik sila majukan tulisan anda dalam blog MalaysiaPolitico

4. Harap harap pandangan Pak Su ini dapat di terima dengan baik oleh sekalian kaum keluarga. Atas sebab yang sama Pak Su terpaksa mansuhkan mana-mana rencana bertajuk demikian.

Akhirkata Pak Su mohon maaf banyak-banyak kalau ada apa yang dituliskan menyinggung perasaan sesiapa dengan tiada sengaja. Yang lebih penting silaturahim sesama ahli keluarga sentiasa dalam harmoni.

Wassalam


WARISAN YAS ....menjana kerukunan keluarga bahagia

No comments:

Post a Comment