Allah SWT berfirman;
"Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tua mu sedang kepada Ku engkau akan kembali" -
Surah Luqman Ayat 14 -

Rasulullah SAW bersabda;
"Ajarkanlah nasab-nasab kamu yang dapat kamu pergunakan untuk menyambung kekeluargaan kamu. Kerana perhubungan kekeluargaan adalah satu hal yang dicintai dalam keluarga, memperkembangkan harta dan memanjangkan jejak"
- Hadith riwayat Ahmad, Hakim & Thurmudzi -.

Allahyarham Yasir Ahmad (1901-1975) berpesan;
"
Setitik dakwat biar membantu,
Sepatah kata biar memandu
".


Mengambil pedoman dari firman, hadith dan kata-kata itu lahirlah Blogspot Warisan Yas yang diharap akan dapat menjadi salah satu wadah untuk mencerna keharmonian hidup berkeluarga, merapatkan hubungan silaturahim, berkongsi ilmu dan berinteraksi demi kebaikan bersama dalam usaha mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.



Thursday 1 May 2008

KATA KATA HIKMAT 60AN





Seronok kalau sesekali dapat berjumpa dengan teman-teman seiring jalan dan mengenang kembali zaman 60an. Mana tidaknya. Zaman tahun 60an dulu kita orang sentiasa ceria hari-hari. Bayangkanlah lagu-lagu frust dan sedih zaman itu pun berentak rancak dan boleh menari ago-go saperti lagu 'Tak Mengapa' nyanyian A. Rahman Hassan iringan Orkes Nirwana dan sebagainya.
Hidup remaja 60an banyak berkisar dengan dendangan lagu-lagu 60an, antaranya oleh A. Ramlie & the Rhythm Boys, Jefrydin & the Siglap 5, A. Halim & de Fictions, Kassim Selamat & the Swallows dan banyak kugiran lagi. Yang paling popular ialah lagu-lagu 'frust' dan kecewa saperti lagu 'Salam Muhibbah', kerana pada zaman itu 'yang bercinta' dan ada 'endut' memang 'setia' sokmor. Setiap lagu membawa erti yang tersendiri dan pasti menggamit memori nostalgia detik-detik peristiwa manis yang akan memahat kenangan abadi.
Dan apabila kawan-kawan seiring jalan in dapat bersua kembali dalam mana-mana majlis perjumpaan maka akan terlerailah segala cerita-cerita lama yang akan menyingkap keindahan zaman 60an. Tak kering gusi dibuatnya.
Pastinya rakan-rakan sebaya ku tak akan lupa KATA KATA HIKMAT dalam senarai di bawah ini. Cuma sayangnya 'hanya mereka yang melaluinya sahaja yang boleh faham'. Sori ye....hehe.
Antaranya NOSTALGIA 60-AN; KATA KATA HIKMAT

1. Degedegedek … koselininja 2. Yadan - bila menang; 'main-main jugak, sesok kenang kerjo kok,' B
ila kalah; 'ah esok mc ora opo,' 3. Ini jade grade one tau. 4. Tiga ringgit 5. Prenjak 6. Bolos 7. Cilla Black 8. Halus 9. Elmie Elbert Choo 10. Semongko 11. Ini kesah seorang puteri zalim Kesumbi 12. Hoi, hoi ya hoi, hoi 13. Si cin cin e mas 14. Wa lau pun ki ni ki ta ber pi sah 15. Terima kasihnya lalala 16. Pinjam buku Melan 17. Nenas timbul....Sapa nama? Daz Akara, Bin? Ali, Mana rumah? Darat sana. 18. Patut tak ? 19. 9 – 0 20. Selonong 21. Geng Cemel 22. Eh bapak 23. Begebo kok sejuk (yahoo yahoo) 24. Singsot, dek ! (jari bergendang) 25. Bah bih bah bih celeng celeng celeng 26. Roti gede Achin nang Panchor maneng enak .... panas 27. Durian gugur Sof ....... jeng jeng jeng 'ku terpesona pada paras kanda' 28. Durian + horlicks, nyaen je 29. Ngigo kok nampong wong 30. Degedegedek ......kenape tak ketawa 31. Degedegedek ..... oh bulan 32. Aku miogo wes mayeng2 tapi wong kabeh podo utang 33. Puasa ...... kosong ari 34. Anak apa kira, eh shioh jugak yok 35. Teket teket teket … shindig a go-go 36. Mana teket? ...... cucu yasit 37. Nah 20 sen, jangan kabo mak ye. 38. Masuk parit je ..... Kui la Yup 39. Yerektis (sanggup pikul drum) kat Panchor cepat dapat lagu .... padu ne ... 40. Kasut Clarke kok di kewi 41. Az As Az As Faizaley .........haaaaak 42. Main race kok daunnya lapan? 43. Dan ......G...Dan.....Tes 44. Ran, rokok Ran....jes....eh siti koboi.
Itulah antara kata-kata yang bakal mecuit hati remaja 60an. Antara artis dan pelakon utama dalam skrip drama tersebut diatas ialah Ibrahim Jambari, Zakaria Jambari, Amin Jambari, Bahari Rafiee, Maarup Abdullah, Yusof Bakar, Mat Gender, Zakariah Kassim (Atan), Ramli Yasir, Zainal Yasir, Mohamad Muniron, Darwis, Yew Hock, Bo Peng, Omran Monel, Ramli Kg. Melayu dan lain lain lagi.

No comments:

Post a Comment