Allah SWT berfirman;
"Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tua mu sedang kepada Ku engkau akan kembali" -
Surah Luqman Ayat 14 -

Rasulullah SAW bersabda;
"Ajarkanlah nasab-nasab kamu yang dapat kamu pergunakan untuk menyambung kekeluargaan kamu. Kerana perhubungan kekeluargaan adalah satu hal yang dicintai dalam keluarga, memperkembangkan harta dan memanjangkan jejak"
- Hadith riwayat Ahmad, Hakim & Thurmudzi -.

Allahyarham Yasir Ahmad (1901-1975) berpesan;
"
Setitik dakwat biar membantu,
Sepatah kata biar memandu
".


Mengambil pedoman dari firman, hadith dan kata-kata itu lahirlah Blogspot Warisan Yas yang diharap akan dapat menjadi salah satu wadah untuk mencerna keharmonian hidup berkeluarga, merapatkan hubungan silaturahim, berkongsi ilmu dan berinteraksi demi kebaikan bersama dalam usaha mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.



Thursday 1 May 2008

PENDIDIKAN AGAMA SEBAIK PENDINDING






Foto; Dari kiri; Ramli, Buhair, Makhdzir & Islakh semasa bersekolah agama pada tahun 1962.

Salah satu pendekatan yang harus digunakan untuk membina sikap keperibadian anak-anak kita ialah dengan memastikan memberi pendidikan agama secukupcukupnya semasa di zaman persekolahan mereka. Apabila anak-anak sudah dewasa dan bebas untuk membuat keputusan sendiri dalam mengharungi cabaran hidup di dunia, nilai dan ilmu agamalah yang akan membimbing dan menjadi pedoman mereka dalam membuat sesuatu keputusan. Bila mereka sedar dan menghayati perihal dosa pahala itulah yang akan menjadi pendinding diri mereka dari tercebur kekancah yang tidak baik. Boleh kita simpulkan bahawa kebanyakan permasalahan remaja sekarang berpunca dari kurangnya pendidikan dan pengetahuan agama.
Pada zaman 60an dulu kita kurang bernasib baik dengan tidak dapat peluang belajar di sekolah agama sepenuhnya oleh kerana sekolah agama hanya ada pada waktu petang sahaja. Kita terpaksa berhenti dari sekolah agama bila naik ke tingkatan satu sekolah biasa yang pada waktu itu ialah waktu petang juga. Akibatnya kebanyak pendidikan sekolah agama kita hanya mencapai setakat darjah 3 sahaja. Walaubagaimanapun munkin dalam zaman kita dulu cabaran hidup remaja tidaklah seberapa memandangkan pada waktu itu tiada gejala dadah, tiada tempat peleseran & hiburan, atau kalau ada pun kita sendiri tidak berkemampuan untuk menikmatinya.
Tetapi cabaran alam sekeliling anak-anak kita sekarang ini sangatlah hebat-hebat, yang memunkinkan bahawa pendidikan agama setakat darjah 3 sekolah agama tidak cukup mampu untuk menangani gejala-gejala yang sediaada. Sesungguhnya anak-anak kita sangat bertuah kerana adanya sekolah agama di sebelah pagi dan juga di sebelah petang, dan kalau di Johor pula hampir setiap taman perumahan ada sekolah agama yang terdekat. Dengan demikian amatlah mudah untuk kita memastikan mereka mendapat pendidikan agama secukupnya.

No comments:

Post a Comment