Allah SWT berfirman;
"Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tua mu sedang kepada Ku engkau akan kembali" -
Surah Luqman Ayat 14 -

Rasulullah SAW bersabda;
"Ajarkanlah nasab-nasab kamu yang dapat kamu pergunakan untuk menyambung kekeluargaan kamu. Kerana perhubungan kekeluargaan adalah satu hal yang dicintai dalam keluarga, memperkembangkan harta dan memanjangkan jejak"
- Hadith riwayat Ahmad, Hakim & Thurmudzi -.

Allahyarham Yasir Ahmad (1901-1975) berpesan;
"
Setitik dakwat biar membantu,
Sepatah kata biar memandu
".


Mengambil pedoman dari firman, hadith dan kata-kata itu lahirlah Blogspot Warisan Yas yang diharap akan dapat menjadi salah satu wadah untuk mencerna keharmonian hidup berkeluarga, merapatkan hubungan silaturahim, berkongsi ilmu dan berinteraksi demi kebaikan bersama dalam usaha mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.



Thursday 8 May 2008

LAGU LAGU KLASIK 50AN DAN 60AN PERCUMA




Anda berminat dengan lagu-lagu klasik 50an dan 60an? Warisan Yas telah menyediakan 3 CD MP3 secara percuma suatu edisi khas untuk ahli kaum keluarga Warisan Yas sahaja sebagai cenderahati kepada 'semangat kekeluargaan' antara kita dan 'strictly not for sale'.

Tiga CD yang dimaksudkan berupa kompilasi lagu-lagu dalam bentuk MP3;

1. Kenangan Silam 50an Siri 1 (175 lagu)
2. Kenangan Silam 50an Siri 2 (159 Lagu)
3. Nostalgia Lagu-lagu 60an (177 lagu)

Ahli keluarga Warisan Yas yang berminat sila hantar 'mesej' dalam http//www.geni.com/family tree. dalam ruang 'Profile' RAMLI YASIR. Tempah segera. Stok terhad. Selamat mengimbau kembali era 50an dan 60an.

3 comments: