Allah SWT berfirman;
"Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tua mu sedang kepada Ku engkau akan kembali" -
Surah Luqman Ayat 14 -

Rasulullah SAW bersabda;
"Ajarkanlah nasab-nasab kamu yang dapat kamu pergunakan untuk menyambung kekeluargaan kamu. Kerana perhubungan kekeluargaan adalah satu hal yang dicintai dalam keluarga, memperkembangkan harta dan memanjangkan jejak"
- Hadith riwayat Ahmad, Hakim & Thurmudzi -.

Allahyarham Yasir Ahmad (1901-1975) berpesan;
"
Setitik dakwat biar membantu,
Sepatah kata biar memandu
".


Mengambil pedoman dari firman, hadith dan kata-kata itu lahirlah Blogspot Warisan Yas yang diharap akan dapat menjadi salah satu wadah untuk mencerna keharmonian hidup berkeluarga, merapatkan hubungan silaturahim, berkongsi ilmu dan berinteraksi demi kebaikan bersama dalam usaha mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.



Monday 25 August 2008

AKU MALU JADI MELAYU Bahagian 2

Melayu tahanan tertinggi di pusat pemulihan & penjara
Source; http://www.hmetro.com.my/Monday/Mutakhir/20080825140113
Metro, 25hb., Ogos, 2008

KUALA LUMPUR: Tahanan berbangsa Melayu menjadi kaum tertinggi yang sedang menjalani hukuman dan ditahan di beberapa institusi pemulihan dan penahanan di bawah pengurusan Jabatan Penjara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung, berkata jumlah keseluruhan penghuni yang berada di semua institusi Jabatan Penjara di seluruh negara adalah 39,961 orang.

“Terdapat empat kategori institusi pemulihan dan penahanan di bawah pengurusan Jabatan Penjara iaitu penjara, pusat pemulihan akhlak, tempat tahanan perlindungan dan Sekolah Henry Gurney.

“Daripada jumlah keseluruhan penghuni di semua institusi tersebut, seramai 37,717 orang banduan sedang ditahan atau menjalani hukuman di 29 buah penjara,” katanya menjawab soalan Dr P Ramasamy (DAP-Batu Kawan) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Chor berkata daripada jumlah itu, 14,057 terdiri daripada kaum Melayu; 3,482 daripada kaum Cina; 3,429 (India), 1,742 kaum lain manakala 15,007 pula tahanan warga asing.

Beliau berkata kaum Melayu mencatatkan bilangan tertinggi di pusat pemulihan akhlak yang ditahan di bawah Undang-Undang Pencegahan Ordinan Darurat dan Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 iaitu seramai 681 tahanan Melayu daripada jumlah keseluruhan 1,763 penghuni.

Penghuni daripada kaum India pula seramai 508 orang, 344 orang daripada kaum Cina, 76 daripada kaum lain manakala 154 pula tahanan warga asing.

“Daripada jumlah keseluruhan tahanan yang sedang ditahan di tempat tahanan perlindungan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 iaitu 68 orang, 24 orang terdiri dari kaum Melayu, tujuh (India), empat (Cina) dan 33 tahanan warga asing,” katanya.

Beliau berkata seramai 262 penghuni di Sekolah Henry Gurney terdiri daripada kaum Melayu, 11 orang kaum Cina, 38 orang kaum India, 91 kaum lain dan 11 penghuni warga asing daripada jumlah keseluruhan penghuni seramai 413 orang. - Bernama
------------------------------------------------------------------------------------------------
KOMENTAR

Begitulah petikan berita yang terpapar dalam akhbar-akhbar pada 25hb., Ogos, 2008. Berita sebegini hanya terselit di suatu sudut kecil media massa berbanding dengan liputan luas isu-isu ‘Sumpah’, ‘Sodomi’ atau ‘Glamor Artis'. Namun begitulah hakikat yang kita semua perlu menerima walaupun pahit.

Apa dah jadi dengan Melayu? Apa dah jadi dengan Melayu Islam? Beginikah tamadun bangsa kita setelah 51 tahun Merdeka? Adakah ini semua disebabkan kemiskinan? Tidak cukupkah pendidikan agama yang ada sebagai pendinding kepada kebatilan? Tidak sempurnakah didikan dan asuhan ibu-bapa? Adakah suasana alam sekeliling sediaada yang membiakkan gejala saperti ini?

Persoalan-persoalan dalam isu sosial saperti inilah yang seharusnya dibincangkan dan ditangani oleh semua pihak terutamanya ahli-ahli politik, wakil-wakil rakyat, pentadbir-pentadbir, penghulu-penghulu, ketua-ketua kampong dan pemimpin-pemimpin masyarakat serta ibu-bapa terutamanya kaum Melayu Islam.

Kepada semua kaum keluarga dan sanak saudara sama-samalah kita renungkan persoalan ini dan menggembeling minda, tenaga dan usaha dalam mencari solusi dan penyelesaiannya serta berdoa kepada Allah SWT agar zuriat kaum keluarga dan sanak saudara kita dijauhkan dari terjebak kekancah kehinaan. WauAllahu a’lam.


WARISAN YAS ....menjana kerukunan keluarga bahagia

No comments:

Post a Comment