Allah SWT berfirman;
"Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tua mu sedang kepada Ku engkau akan kembali" -
Surah Luqman Ayat 14 -

Rasulullah SAW bersabda;
"Ajarkanlah nasab-nasab kamu yang dapat kamu pergunakan untuk menyambung kekeluargaan kamu. Kerana perhubungan kekeluargaan adalah satu hal yang dicintai dalam keluarga, memperkembangkan harta dan memanjangkan jejak"
- Hadith riwayat Ahmad, Hakim & Thurmudzi -.

Allahyarham Yasir Ahmad (1901-1975) berpesan;
"
Setitik dakwat biar membantu,
Sepatah kata biar memandu
".


Mengambil pedoman dari firman, hadith dan kata-kata itu lahirlah Blogspot Warisan Yas yang diharap akan dapat menjadi salah satu wadah untuk mencerna keharmonian hidup berkeluarga, merapatkan hubungan silaturahim, berkongsi ilmu dan berinteraksi demi kebaikan bersama dalam usaha mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.



Thursday 7 August 2008

AKU MALU MENJADI MELAYU Bahagian 1

Ya. Dalam isu-isu semasa di negara ku kini aku malu menjadi Melayu. Setelah 10 tahun berlalu dengan kes Sodomi 1 terpapar di merata pelusuk dunia kini sekali lagi kita diwadahkan dengan bermulanya kes Sodomi 2 yang akan menjadi topik hangat seantero dunia mulai sekarang. Dan Melayu Malaysia akan melakar sejarah dan akan jadi terkenal di seluruh dunia dengan cerita 'Sodomi'nya.

Yang lebih mengaibkan hampir semua yang terlibat adalah Melayu dan Islam, yang seharusnya terkenal dengan sifat sopan santun, berbudi bahasa, bermaruah dan patuh kepada agamanya. Yang menuduh adalah Melayu Islam. Yang tertuduh ialah Melayu Islam. Yang Menyiasat adalah Melayu Islam dan yang membela ialah Melayu Islam. Yang memerintah adalah Melayu Islam dan yang diperintah juga adalah majoritinya Melayu Islam.

Yang ingin aku persembahkan bukan isu kaum atau agama tapi lebih kepada persoalan kemana arah Melayu Islam hendak dibawa dengan isu ini.

Sememangnya bukan di sini tempatnya untuk membicarakan kes siapa di pihak yang bersalah dan siapa pula di pihak yang benar. Yang aku tahu Allah SWT Sahaja Yang Lebih Mengetahui. Dan yang aku juga pasti ialah, antara yang menuduh dan yang tertuduh, salah seorang daripadanya adalah pendusta dan pengkhianat yang mengaibkan agama, bangsa dan negaranya.
Ya Allah ya Tuhan ku, tunjukkanlah kebenaran dengan seberapa segera agar agama, bangsa dan negara ku tidak ternoda.

WARISAN YAS ....menjana kerukunan keluarga bahagia

2 comments:

  1. Semua ini berlaku kerana manusia semakin jauh dari Tuhan. Manusia sudah lupa dan tidak kenal erti takutkan Tuhan. Manusia sudah semakin bongkak sehingga lupa bahawa kuasa yang mereka pegang...kuasa yang mereka miliki skrg hanyalah sementara dan takkan boleh mengatasi kuasa Yang Maha Esa. Mereka terlalu bongkak dan lalai sehingga mereka lupa ttg janji2 Tuhan. Tuhan tidak akan sekali2 memungkiri janji. Janji Tuhan, yang baik akan dibalas baik. Yang jahat akan dibalas jahat. Apabila datang yang hak, maka yang batil akan terbatal dengan sendirinya. Tunggu saja masa dan ketikanya.

    ReplyDelete
  2. Saya berpendapat orang Melayu masih dilanda penyakit yang mana Doktor Pakar takbolih pulihkan.Selagi penyakit ini masih wujud sampai akhir zaman Melayu akan layudan ketinggalan. Penyakit tersebut seperti berikut : 1) Tamak2) Iri Hati3) Sombong4) Riak5) Hasad Dengki6) Dendam Olih itu terpulanglah kepada kita nak pilih yang mana satu. Nak jadi Melayu yangberpenyakit atau yang sihat.Apa yang berlaku sekarang bukan salah bangsa lain.Semuanya berpunca dari kesilapan orang Melayu. Sebagai contoh kes Chua Soi Lek dah terbukti dan dia membuat pengakuan. Tak adapun bangsanya membesar2kan isu tersebut.Ini belum ada bukti dah kecoh. Tu le perangai Melayu suka tengok orang lain susah.Dah dapat kuasa cukup le. Tak payahle nak korek lubang orang dan cantas periuk nasi orang. Tengok orang cina, bila tukar kepimpinan terus tutup buku. Tak de le macam orang Melayu dah dapat tempatcukup le. Tak payah le nak nak jatuhkan orang lain. Kalau difikirkan memang MALU jadi orang MELAYU. Cam ne kita tak leh nak tukarBangsa dan merubah mereka. Yang pentingnya kita jangan jadi macam tu. BiarlahLuncai terjun dengan labu2nya .... Kita jaga diri dan keluarga kita agar jadi MELAYU yang sihat. Ingatlah kehidupan di dunia ini adalah sementara. Gunakanlah harta dan kuasa yangada untuk kebaikan manusia dan kemudahan untuk beramal soleh. Dunia diibaratkanbagai bayang2. Lagi dikejar lagi jauh ia pergi dan tidak ada penghujungnya. Akhir kata sama2lah kita berdoa agar Allah memberi pertunjuk kepada merekademi keselamatan Agama,Bangsa dan Negara kita. Wassalam

    Ab Jalil Bahran

    ReplyDelete