Allah SWT berfirman;
"Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tua mu sedang kepada Ku engkau akan kembali" -
Surah Luqman Ayat 14 -

Rasulullah SAW bersabda;
"Ajarkanlah nasab-nasab kamu yang dapat kamu pergunakan untuk menyambung kekeluargaan kamu. Kerana perhubungan kekeluargaan adalah satu hal yang dicintai dalam keluarga, memperkembangkan harta dan memanjangkan jejak"
- Hadith riwayat Ahmad, Hakim & Thurmudzi -.

Allahyarham Yasir Ahmad (1901-1975) berpesan;
"
Setitik dakwat biar membantu,
Sepatah kata biar memandu
".


Mengambil pedoman dari firman, hadith dan kata-kata itu lahirlah Blogspot Warisan Yas yang diharap akan dapat menjadi salah satu wadah untuk mencerna keharmonian hidup berkeluarga, merapatkan hubungan silaturahim, berkongsi ilmu dan berinteraksi demi kebaikan bersama dalam usaha mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.



Saturday 18 July 2009

NAK BERITAHU KE TAK BERITAHU?

Alhamdulillah, aku telah selamat menjalani pembedahan 'andioplasty surgery' pada satu saluran darah yang tersumbat ke jantung pada 15hb Julai 2009 yang lalu. Sebanyak '2 stands' telah dimasukan ke sebelah kiri jantung ku. Prosesnya memakan masa lebih kurang dua jam saja. Sebelumnya 3 doz morphine telah diinjek ke badanku. Aku dalam keadaan sedar dan berpeluang melihat wire & camera yang menjalur kedalam saluran darah melalui computer screen. Nampakla besi wire semacam coil menyusur laluan urat saperti memasang 'dua culvert' kedalam saluran yang agak sudah sempit.
"Dua saluran darah yang lain tu ok tapi yang satu lagi ni kritikal untuk dibuat sekarang jugak," kata doktor ketika itu, "kalau tidak, bila bila saja anda boleh collapse."
"Ye la tu," bisik hati ku, " aku dah terbaring cam ni, engko takut-takutkan aku lagi. yang teruk...aku jugak nak kena membayar kosnya nanti".
"Habis, berapa kosnya doktor?," tanya ku sambil risau memikir belanjanya sebab insurance cover ada limitnya,"
"Lebih kurang RM30,000.00 kalau dibuat semua tiga-tiga saluran," jelas Doktor Yap Seng Pau, pakar jantung muda.
Setelah berbincang dengan isteriku aku memberi persetujuan untuk dibedah untuk buat satu saluran darah yang kritikal saja memandangkan setahu aku insurance cover ada had maksima RM20,000.00 sahaja.
Apa pun terpaksalah aku bersetuju. Bukan apa. Bukan takut mati sebab semua orang gitu gini akan mati. Tapi kerana takut hidup menyusahkan orang lain bilamana kita sakit.
"Ok lah doktor, buatlah operasi segera." kataku, lantas diberikan kepadaku beberapa dokumen untuk ditandatangani sambil terbaring layu dengan debaran pengalaman pertama kali di-operate.
Hujungnya kos kesemua operation tu berjumlah RM26,126.00. Nasib baik ada insurance majikan syarikat hotel aku sendiri. Itulah bagusnya ada majikan sendiri. Group insurance kepada semua 15 pekerja hotel hanya memakan belanja RM3,500.00 setahun, tetapi aku sorang je insurance dah kena bayar RM26,000.00. Kira berbaloi ler.
Dari peristiwa ini beberapa perkara boleh diambil iktibar oleh sekalian ahli keluarga. Antaranya;-
1. Kos perubatan adalah tinggi lebilebih lagi dimasa akan datang
2. Pastikan seisi keluarga ada insurance cover. Bermula dari mula kita kerja lagi bagus sebab bila tengah muda bayaran insurancenya rendah
3. Kalau ada anak-anak yang bekerja dengan kerajaan alhamdulillah sebab kalau sakit ada peruntukan perubatan kepada ahli keluarga.
4. Kalau ada syarikat sendiri ambillah insurance Group Hospitalisation yang agak murah saperti yang saya adakan disyarikat saya itu.
5. Oh ya. Tentang Merokok tu, semua orang kelilingku suruh aku berhenti merokok. Diaorang semua tak tahu aku dah merokok sejak umur 17 tahun, bermakna dah lebih 42 tahun badan ku dah lali (immune) dengan asap rokok. Hehe. Cume aku memang kurang exercise sebab sibuk bekerja. Yang belum merokok memang aku harap jangan lah merokok macam aku.
Akhirkata terima kasih diucapkan kepada mereka-mereka yang telah melapangkan diri menziarahi aku di bilik 609 Hospital Pakar Puteri Johor Bahru tempoh hari dan juga kepada mereka yang telah mendoakan agar aku cepat sembuh. Kepada yang tak tahu aku sakit aku mohon maaf sebab tak beritau. Maklumlah bila kita sakit kekadang kita rasa cam tak mahu menyusahkan orang lain. Wassalam.

WARISAN YAS ....menjana kerukunan keluarga bahagia

No comments:

Post a Comment