Allah SWT berfirman;
"Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tua mu sedang kepada Ku engkau akan kembali" -
Surah Luqman Ayat 14 -

Rasulullah SAW bersabda;
"Ajarkanlah nasab-nasab kamu yang dapat kamu pergunakan untuk menyambung kekeluargaan kamu. Kerana perhubungan kekeluargaan adalah satu hal yang dicintai dalam keluarga, memperkembangkan harta dan memanjangkan jejak"
- Hadith riwayat Ahmad, Hakim & Thurmudzi -.

Allahyarham Yasir Ahmad (1901-1975) berpesan;
"
Setitik dakwat biar membantu,
Sepatah kata biar memandu
".


Mengambil pedoman dari firman, hadith dan kata-kata itu lahirlah Blogspot Warisan Yas yang diharap akan dapat menjadi salah satu wadah untuk mencerna keharmonian hidup berkeluarga, merapatkan hubungan silaturahim, berkongsi ilmu dan berinteraksi demi kebaikan bersama dalam usaha mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.



Friday 3 July 2009

WARKAH DARI LIBERIA; SHAM











Pok Su merancang nak siarkan cerita-cerita dari sedara mara kita yang di perantauan agar dapat dikongsi bersama pengalaman dan sebagainya oleh semua.


Buat permulaan ini Pok Su siarkan satu emel berita dari Shamsuddin Hasni yang sekarang sedang berada di Liberia sebagaimana berikut (Komen Pok Su dalam warna merah);-

"Nama: Shamsuddin Hasni
Jawatan: Pegawai Pemerhati PBB di LIBERIA
Gaji: RAHSIA

(Hehehe, dalam zaman sekarang ni Sham takleh la nak berahsia-rahsia tau. Kat intenet kita boleh tau gaji Leftenan Kolonel macam Sham bergaji/elaun sebanyak RM4,800 - RM6,200 sebulan. Dengar kata Sham dapat elaun tugasan di Liberia sebanyak US128.00 sehari. Ewah ewah Sham balik nanti bole dapat Rm160,000 untuk elaun setahun. Banyak tu Sham. Jangan lupa blanja Pok Su nanti ye)

Tempoh Tugas: 1 Tahun (12 May 09 - 12 May 2010)

Bertugas sebagai pegawai Pemerhati PBB di negara LIBERIA AFRIKA. Membantu negara LIBERIA untuk pulih dari perang saudara yang telah berlaku selama 14 tahun.... Negara ini begitu mundur dan rakyat sengsara kerana perang saudara yang tiada gunanya kerana merebut kuasa oleh orang yang gila kuasa. Semasa perang, rakyat dibunuh sewenangnya, kanak-kanak dijadikan child soldier..kaum perempuan dirogol....begitulah kejamnya mereka apabila perang saudara antara kaum berlaku..jadikan lah ianya satu tauladan jangan berlaku kat negara kita.

Selepas perang negara ini begitu sukar untuk bangkit kembali, tiada infrastruktur, tiada air paip, tiada letrik, sukar cari makan, tiada sumber perkerjaan, tiada sekolah, kurang pendidikan, tiada surat khabar, tiada TV......macam zaman Jepun kat Malaysia dulu...makan ubi lagi.. Mereka tertinggal dari kemajuan dunia. Negara ini mungkin memerlukan beberapa tahun lagi untuk bangkit semula..mudah mudahan sekiranya rakyatnya berubah untuk bersatu membangunkan diri dan generasinya seterusnya memajukan sumber pedapatan negara.

Sekian utk hari ini berita dari saudaramu di LIBERIA. Bye (Gambar disertakan)

Lt Col Shamsuddin Hasni
Team Leader 9
Ganta, Nimba County
Liberia.
"

(Salam dari semua di kampung kepada Sham agar menjaga diri baik-baik di perantauan. Kita semua di tanah air ingin mengucapkan selamat bertugas dan mendoakan semoga sihat sejahtera dan pulang dengan selamatnya. Sham bole dihubungi melalui emel di alamat shamsuddinhasni@yahoo.com)


WARISAN YAS ....menjana kerukunan keluarga bahagia

No comments:

Post a Comment