Allah SWT berfirman;
"Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tua mu sedang kepada Ku engkau akan kembali" -
Surah Luqman Ayat 14 -

Rasulullah SAW bersabda;
"Ajarkanlah nasab-nasab kamu yang dapat kamu pergunakan untuk menyambung kekeluargaan kamu. Kerana perhubungan kekeluargaan adalah satu hal yang dicintai dalam keluarga, memperkembangkan harta dan memanjangkan jejak"
- Hadith riwayat Ahmad, Hakim & Thurmudzi -.

Allahyarham Yasir Ahmad (1901-1975) berpesan;
"
Setitik dakwat biar membantu,
Sepatah kata biar memandu
".


Mengambil pedoman dari firman, hadith dan kata-kata itu lahirlah Blogspot Warisan Yas yang diharap akan dapat menjadi salah satu wadah untuk mencerna keharmonian hidup berkeluarga, merapatkan hubungan silaturahim, berkongsi ilmu dan berinteraksi demi kebaikan bersama dalam usaha mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.



Tuesday 27 May 2008

JUTAWAN INTERNET ?????

Kali ini saya ingin bicara perihal JUTAWAN INTERNET pula. Waktu kebelakangan ini bermacam macam ’Bisnes Internet’ teriklan terutamanya di media-media massa berbahasa Melayu. Betul ke semua itu? Benarkah kita boleh mencapai pendapatan hingga enam angka sebulan dengan bermodalkan hanya RM5,000 sapertimana bunyi iklan-iklan tersebut? Sekiranya ia tidak benar bagaimana pula kita boleh terlihat banyak iklan-iklan sebegitu berleluasa di dada-dada akhbar?. Kalau ianya tidak benar tidakkah pihak berkuasa yang bertanggungjawab harus memantaunya? Bagaimana pula letak ta’rifnya perniagaan saperti ini mengikut hukum syarak?

Kemuskilan saya timbul dari pandangan sudut orang berniaga biasa. Begitu mudah ke kita mendapat pendapatan sebanyak itu dengan hanya berlegar di internet? Ada tak sesiapa antara kita yang pernah menceburi bisnes internet ini yang boleh membantu kami yang jahil ini untuk memberi penerangan atas pengalamannya?.

Kalau ianya sah dan benar ini satu peluang baik untuk kita semua jadi jutawan dengan hanya duduk berlegar dengan komputer! Ramai la nanti warisan kita dan orang-orang Malaysia lainnya boleh jadi jutawan. Bila semua orang jadi kaya bakal tak ada la orang mencuri atau merompak. Negara kita akan jadi lebih aman dan mewah. Maka tak ada la cerita orang miskin di Malaysia kerana bila ramai orang banyak wang berlebihan, lebih banyak wang boleh kita bersedekah serta berzakat untuk insan yang memerlukan.

WARISAN YAS ....menjana kerukunan keluarga bahagia

No comments:

Post a Comment